Wednesday, 22 February 2012

Menangis Dipangkuan Ibu Umpama menghilangkan Seribu Kelukaan Di Hati ..

Menangis ? Semua orang pernah menangis .. nangis sebab sedih .. nangis sebab gembira..
tapi,berapa ramai yang pernah nangis di pangkuan ibunya semasa menghadapi hari-hari sukarnya dalam hidup ?
Aku dengan bangganya nak beritahu pada semua orang yang AKU adalah salah seorang daripada orang itu .. :) Selain daripada bestfriend yang aku ada selama ini ... mak adalah bestfriend terbaik yang aku pernah ada ..
Dia bukan sahaja seorang yang melahirkan , membesarkan aku .. tetapi dia juga seorang yang sentiasa ada bila aku perlukan dia .. dia je yang memahami aku dalam hidup .. tak ada orang lain lagi dah ...

~mak yang bertudung putih~
Hari ini aku telah menangis mengenangkan nasib aku akan datang .. menangis kerana tak tahan dengan desakan orang yang tak pernah pun memahami aku .. sedih mengenangkan kadang-kala "space" untuk aku bernafas itu senang je orang nak rampas .. Sebak sebab memikirkan ada orang yang tak suka dengan aku walaupun aku cuba tunjukkan teladan yang terbaik untuk orang itu ...
Emak .. iye .. emak yang mendengar semua luahan itu .. menepuk bahu aku .. meringankan beban aku ... menasihati aku .. jangan fikirkan perkara yang tak penting dalam hidup .. yang penting bagi aku adalah untuk mencapai impian aku .. yes! impian aku .. impian itu yang membawa aku kepada kehidupan yang lebih sempurna di masa akan datang .. insyaallah ...

Thanx Puan Siti Fairudz Bt Rasul kerana membesarkan along dalam keadaan yang serba sempurna ...

Insyaallah .. umur along panjang .. along akan cuba membalas jasa mak dan ayah dengan kejayaan along dalam pelajaran dan hidup .. semoga doa mak dan ayah sentiasa mengiringi setiap langkah yang along jejak dalam hidup ini .. terima kasih ...






~note to myself~






4 comments:

  1. betol2. hehehe. kitew pon kadang2 menangis kat mak jugak, tapi dlm telepon je. tak pernah ngs depn2 kalo ada masalah. hahaha. malu. :p hehehe. bw here and follow. kalo sudi meh singgah blog nysa n follow balik
    :) leave the comment too ok? :)

    http://nysasarahstorymorry.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hahahah ... biasa la tuh .. da besa kan ? kadang2 mmg malu .. tp tak leh nak kawal da kadang2 .. ok .. definitely dear .. thanx follow jugak .. :)

    ReplyDelete