Friday, 24 February 2012

Kenangi Penghibur No 1 Asia-Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan penghibur no satu Asia .. Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Beliau telah dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh Pahang.Kepergiannya buat selamanya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada rakyat Malaysia.Mungkin siapa yang telah hidup pada zaman kegemilangannya pasti lebih dalam merasai kehilangannya.

Tanya aku ? hurm .. aku lahir selepas 17 hari dia meninggal dunia .. Kenapa aku nak tulis pasal dia kan ? sedangkan aku tak pernah jumpa,x penah dengar dia nyanyi secara live kat TV dan tak keluar lagi pun mase tu dari perut mak aku .. Aku rase mak aku menangis kot,dalam masa yang sama aku da nak terkeluar lak time tu . hehehe .. tak lah .. sebenarnya aku minat lagu-lagu dia .. aku dengar lagu dia sejak kecik lagi .. mak ayah aku suka pasang.. ayah aku suka beli CD sudirman.. kalau dengar lagu sudirman kat radio ,dia akan kuatkan.. kalau kat TV,ada penyanyi bawak lagu Sudirman .. mak ayah aku nyanyi sama-sama.. hahaha.. kelakar kan ? tapi serius .. aku memang hafal lagu-lagu sudirman.. banyak yang aku hafal tau ..!! hehe .. *riak sekejap* contohnya cam lagu Di Dalam Sepi Itu,Jauh Di Sudut Hati,Hujan,Hilang Berganti,Salam Terakhir & banyak lagi lah..

Siapa sangka .. Beliau telah pun pergi meninggalkan kita semua tanggal tarikh 22 Februari 1992.. Genap 20 tahun kepergiannya .. Semoga rohnya sentiasa berada dalam golongan orang yang beriman ..AL-FATIHAH 

~Lagu Feveret Aku : HILANG BERGANTI ... By Allahyarham Sudirman Hj Arshad 




Bila kukenangkan
Masa yang berlalu
Tidak kukesalkan
Pedih pilu

Tidak ku menduga
Tidak kupercaya
Perpisahan ini
Jadi nyata

Usahlah kau rayu
Usahlah kau pinta
Kepada hatiku yang luka
Kini aku puas
Kini aku bebas
Dari seksa pedihnya cintamu

Pergilah kau pergi
Ku takkan menanti
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti


No comments:

Post a Comment